Islamic Widget

Sunday, December 19, 2010

penerimaan keluarga

memang tidak dapat dinafikan. kehidupan ana sangat berbeza berbanding dahulu. jika dahulu, di bilik ana selalu kedengaran bunyi radio yg memainkan lagu MCR ( My Chemical Romance), Fall Out Boys dan lain2. kini, ana sudah mula mendengar lagu2 nasyid dan juga kini ana mula belajar untuk mendengar sedikit sebanyak alunan2 ayat2 suci AL_QURAN. ana juga dapat mengenali qari2 yg terkenal seperti Muhammad Taha al-junayd dan Mishary Rasyid Al-Afasy.

apabila kita ingin berubah sama ada ke arah kebaikan mahu pun keburukan, kita pasti tidak dapat dielakkan dengan respon orang. dan bila ana berkata orang, maksudnya lebih kepada keluarga. ana tidak menafikan. keluarga ana tidaklah membesarkan ana dan adik beradik mengikut ajaran Islam. ayah dan ibu ana bukannya tidak solat. mereka solat. mereka juga berpuasa. cuma suasana itu hanyalah biasa. tiada Islamik yg benar2 sekali. oleh itu, apabila mereka melihat ana bertukar 360 darjah sekaligus membuatkan mereka seperti tertanya2. siapakah diri ana yg baru ini??

apabila ana baru pertama kali menyedari bahawa menutup kaki itu adalah wajib, ana cuba untuk menutupnya. ana tidak mengambil tindakan yg agak mendadak kerana apabila kita membuat perubahan secara mendadak, tidak mustahil untuk kita bertukar semula secara mendadak. ana juga mulai untuk keluar rumah walaupun seinci sekali dengan memakai tudung. keluarga ana semuanya menggelar ana di rumah sebagai 'muslimah'. ya. ana memang seorang muslimah. tetapi, ana sedih. mereka tidak mempraktikkan lagi.

kemudian, ana mula untuk menutup aurat ana di hadapan saudara mara. ana bertanya kepada rakan2 ana adakah mereka menutup aurat di hadapan saudara mara mereka? mereka kata ya. oleh itu, ana juga ingin menanamkan semangat untuk berubah. ana adalah satu2 nya di dalam anggota keluarga itu yg mendapat pendidikan di institut agama. ana juga selalu memakai tudung labuh apabila ana keluar dari rumah.

pernah 1 peristiwa, apabila ana berada di rumah saudara, ana memakai tudung. saudara lelaki seakan2 memahami ana dan mereka tahu bahawa itu adalah aurat ana dan ana wajib untuk menutupnya. namun, saudara wanita lah yg agak heboh bertanya kepada ana. ana berasa sedih sekali.

ada juga sekali, ana ingin ke kedai berhampiran dengan rumah ana. ana mengenakan stoking tangan dan juga stoking kaki. respon salah seorang keluarga adalah, ' ala.,dekat sahaja. buat apa mahu pakai stoking.' ana hanya mendiamkan diri. tidak tahu mahu berkata apa.

ana berharap kepada antunna yg ingin berhijrah di luar sana. jangan pernah semangat antunna goyah walau sedikit pun. ana selalu berharap bahawa keluarga dan para saudara seIslam kita dapat dibukakan pintu hatinya. ana selalu baca di dalam novel2 islamik melihat kesejahteraan keluarga apabila dibesarkan dengan cara Islamik. sangat indah apabila mereka qiam bersama2, mereka solat berjemaah, mereka saling tasmik bacaan AL-QURAN. amat indah sekali. ana teringin untuk merasai itu semua bersama2 keluarga ana. ana pasti, antunna juga teringin mengalami semua itu.

apabila kita ingin berhijrah, jangan pernah sekali pun kita pandang ke belakang. tetapkanlah iman dan sentiasa berdoa supaya kita dilindungi oleh ALLAH. ALLAH amat sayang pada hamba-NYA yg ingin dekat pada-NYA. jangan dihiraukan pandangan orang luar. jangan dicaci pula orang yg mencaci kita. sebaliknya, berdoalah pada ALLAH supaya pintu hati mereka terbuka.

ana berkongsi pengalaman ini bersama antunna semua bukan kerana ingin membuka aib orang lain. ana berharap sangat2 apabila antunna membaca slot ini, semangat antunna semua akan lebih membara untuk menjadi MUSLIMAH SEJATI.......

No comments:

Post a Comment