Kehidupan ana mula goyah apabila berjumpa dengan seorang hamba ALLAH yang amat menarik hati ana. Ingin ana nyatakan di sini. Ana bukanlah hamba ALLAH yang mengikut syariat Islam. Pada tahun 2006, ana hanya Islam pada nama. Ana tahu bahawa menunaikan solat itu adalah wajib. Berpuasa juga wajib. Mencuri dan berbohong itu berdosa. Tetapi ana tidak pernah berasa semua itu adalah penting.
Ketika ini, ana masih lagi menuntut ilmu. Masih lagi budak mentah bak kata orang tua-tua. Ana tidak memiliki rupa paras yang cantik lagi manis berbanding rakan2 ana di pusat pengajian. Ana juga tidak tinggi seperti model. Oleh sebab itu, ramai muslim dan juga muslimah mula mengejek ana. Rakan2 ana semuanya sudah ada teman. Oleh itu, ana juga teringin untuk berteman.
Ceritanya bermula apabila salah seorang pelajar lelaki sering mengejek ana. Pada mulanya, ana memang marah. dan ana juga pun mula mengejeknya kerana dia memakai cermin mata. lama-kelamaan, hati mula berpaut. ana menyatakan hasrat ini kepada rakan2 ana sendiri. salah seorang daripadanya ingin menghulurkan bantuan. kebetulan, teman lelakinya adalah teman rapat lelaki itu.
Setelah disiasat, lelaki itu juga ada menyimpan perasaan kepada ana. tetapi, ketika itu, lelaki tersebut mempunyai seorang wanita yang menyimpan perasaan padanya yang duduk di Batu Pahat. dia telah menyediakan tarikh untuk bertemu dengan ana dan ingin menyatakan sama ada dia ingin memilih ana ataupun wanita yang berada di Batu Pahat itu.
Pada hari yang dijanjikan, lelaki tersebut memilih diri ana. pada masa itu, hati melonjak gembira. ketika itu, memang ingin menjerit 1 dunia. dari situ, bermulalah putik2 cinta. ketika itu, ana rasa dunia macam ana yang punya. memang betul lah kata orang.,cinta itu sangat mengasyikkan.
Setelah 2 minggu, lelaki tersebut mula berubah. mungkin juga kerana ana hanya boleh berhubung dengannya ketika di pusat pengajian sahaja. ketika itu, ana tidak ada nombor telefon sendiri sedangkan semua rakan2 ana sudah memiliknya untuk bergayut dengan teman lelaki mereka. lelaki itu mula bersikap dingin dengan ana sampai satu saat dia berkata, " kita putus sahaja." jejaka itu terus berlalu meninggalkan ana dan salah seorang rakan ana. ana terasa malu dan sangat sedih pada masa yang sama. malu kerana dia berkata demikian di hadapan teman sekuliah dan sedih kerana ana ditinggalkan begitu sahaja. ana terus berlari menuju ke tandas wanita. air mata mula mengalir deras. itu adalah pertama kali ana menangis kerana lelaki. rakan2 wanita juga sudah maklum dengan perangai ana yang ganas dan tidak menangis hanya kerana lelaki. ketika itu, baru lah ana rasai betapa peritnya apabila cinta ditolak. ketika itu, barulah ana fahami mengapa wanita boleh menangis kerana lelaki sebab sebelum ini, ana selalu mentertawakan rakan2 ana apabila mereka putus cinta. dan kini, ana cukup mengerti.
rakan2 ana yang melihat ana menangis tadi, cuba menenangkan ana. ada juga yang pergi serang lelaki itu dengan cercaan yang melampau. ana hanya diamkan diri.
setelah sekian lama, barulah ana tahu mengapa lelaki tersebut memutuskan hubungan dengan ana. rupanya, dia sudah terpaut pada wanita lain. dan wanita itu adalah bekas teman wanitanya dan juga merupakan rakan baik ana sendiri. ana tidak menyalahkan rakan ana. ana menyalahkan diri ana sendiri kerana jatuh cinta pada lelaki yg salah.
TAHUN 2007
ana telah berjaya untuk melanjutkan pelajaran di 1 kawasan yang amat berbeza dengan pusat pengajian lama ana. sebenarnya, ana tidak mahu ke institut pengajian Islam kerana ana takut untuk belajar bahasa arab tetapi abang ana mula memberi semangat dan ana menurut.
semasa mula menuntut, ana memang tidak serasi dengan persekitaran di situ. namun, masih ada juga penuntut yang tidak mengikut program2 agama di situ. mereka gemar dengar muzik yang melalaikan. dan ana pun pada masa itu tidak menunaikan tiang agama itu dengan sebaik mungkin. hanya maghrib dan isya' sahaja yang ana tunaikan kerana ketika itu solat jemaah beramai-ramai.
di sana, ana mula rapat dengan lelaki. ana memang amat disenangi dengan kaum Adam itu. seperti biasa, ejek-mengejek dan memperlekehkan orang lain menjadi rutin harian kami. terdapat seorang lelaki mula menjadi teman rapat ana. apabila ada kelas malam, kami berutus surat secara diam2 tanpa pengetahuan tenaga pengajar. apabila ada kelas petang,kami mula berbual dan bertukar2 pendapat. namun, semuanya itu bertukar menjadi diam apabila ana mula menegurnya sesuatu. dan akhirnya, kami menjadi dingin. dia pula mula bercampur dengan penuntut2 yang teruk. yang selalu tidak menyiapkan tugasan mereka sehingga keputusan mereka menjadi teruk. pernah ana nyatakan kepada rakan ana. mengapa dia bertukar menjadi begitu. bukankah lebih baik dia bergaul dengan penuntut yang sangat cemerlang akademiknya??
setelah beberapa lama kemudian, ana melihat dia kian berubah. dia mula berdamping dengan rakan2 lelaki yang sangat cemerlang dalam pengajian mereka. lama-kelamaan, keputusannya mula meningkat. kes2 disiplin juga dia tidak ada kena mengena lagi. namun, sikapnya berubah. daripada boleh berbual dengan kaum Hawa, dia berubah menjadi pendiam dan langsung tidak memandang wanita. pada masa itu, ana tidak mengerti apa yang dia lakukan. ana cuba untuk berhubung dengannya. namun, dia diam dan tidak memberi respon. sehingga itu, ana sudah berputus hubungan dengannya. tiada lagi gurau senda dengannya. tiada lagi ejekan darinya. dan lama-lama,ana terasa rupanya ana rindu dan mula terpaut hati padanya lalu ana mula menanamkan azam ana. ana ingin berubah.
pada akhir tahun 2007, ana mula solat dengan penuh. ana mula bertaubat kepada ALLAH. ana tidak mahu lagi berbohong. ana tidak mahu lagi tinggalkan solat. ALHAMDULILLAH... ketika itu, baru ana rasa betapa indahnya Islam itu.
TAHUN 2008
Masih lagi menuntut di tempat yang sama. ana kini berubah. namun, kehidupan sosial ana tetap begitu. ana tetap melayan kata2 kaum Adam. ana masih lagi bergurau senda dengan mereka. sehinggalah ana berkenalan dengan seorang lelaki yang jauh lagi tua dari ana. dia juga merupakan teman abang ana sendiri. cuma abang ana tidak pernah mengetahuinya.
hampir beberapa lama juga kami berkenalan. lelaki itu pandai bermadah. selalu mengucapkan kata2 cinta yg berbunga2. bagi ana, apa yg dinyatakan olehnya itu semuanya betul. masa itu, usia ana masih lagi mentah. ana cepat percaya pada kata2 nya. sehingga satu masa, ana tewas. ana menyatakan ana suka padanya. hati ana mula menjadi murah ketika itu. namun, ini sahaja jawapan pemuda tersebut, " saya tak kata saya cinta awak. saya kata saya suka awak". sekali lagi, ana tewas. hati ana terluka lagi.
ana faham kalian mesti ingat ana tidak mengambil pengajaran dari apa yang ana alami dahulu. namun, ketika itu, ana tidak berfikir panjang. jika diimbas kembali perkara tersebut, ana berasa malu yang teramat sangat. ana rasa ana adalah wanita murahan yang dengan selambanya meluahkan isi hatinya kepada lelaki ajnabi.
rupanya, lelaki itu ingin rapat dengan ana kerana dia ingin berkenalan dengan saudara perempuan ana yang duduk di ibu kota. ana hanya sabar. dan hubungan ana dan dia sampai di tangan abang ana sendiri. abang ana tidak menghukum. abang ana pandai menasihati.
TAHUN 2009
tahun akhir pengajian ana. ana masih lagi begini. masih lagi melayan karenah lelaki. pada ana, jika kita berkawan dengan perempuan, kta terpaksa kawal emosi mereka. mereka senang merajuk pada benda2 yg remeh. itulah yang ana rasakan. betapa tidak matangnya ana ketika itu.
pada tahun itu, datang lagi seorang jejaka dalam hidup ana. ana fikir ana terpaksa terima jejaka itu kerana ingin melupakan pedihnya hati ana. apabila ana berkenalan dengannya, ana rasa tenang. kata2 yang selalu memberi semangat kepada ana untuk meneruskan hidup. dia juga sering ana hubungi setelah hampir setahun ana akhirnya berjaya memiliki telefon sendiri. ana tidak tahu apa yg terjadi. masa berlalu begitu cepat dan hubungan kami sudah meningkat 2 bulan usianya. dia juga pernah berkata ingin melamar ana apabila kami habis belajar nanti. kata2 nya itu membuahkan janji yg manis sehingga ana pun tersangkut.
pada satu ketika, hati ana diusik rasa tidak sedap. ana ingin mencari bukti adakah dia layak utk ana. lalu ana meminta khidmat rakan ana sendiri. rakan ana itu memang terkenal dengan gayanya yang menggoda. ana ingin menguji sama ada jejaka tersebut betul2 inginkan ana menjadi isterinya.
apabila hampir sebulan, rakan ana menyatakan bahawa jejaka tersebut memang setia pada ana. ana mula merasakan yg ana telah melakukan keputusan yg sangat tepat. ana sudah bersedia.
tidak lama kemudian, rakan ana tadi ingin berbicara dengan ana dengan lebih serius. ana mula kelihatan resah. ana tidak dapat mengerti apakah yang terlintas di fikiran rakan ana itu. ana cuba untuk bersabar dan menenangkan diri. kemudian, rakan ana tadi memulakan bicara. dia berkata kepada ana. setelah lama dia tidak berhubung dengan jejaka itu. pada suatu hari, jejaka itu mula mengganggunya. macam2 yg diminta olehnya. rakan ana berasa serba salah dengan ana dan dia mula menyalahi dirinya. ana sama sekali tidak marah. sekurang-kurangnya, kini ana dapat tahu sikap sebenar hamba ALLAH itu. ana tetap tabahkan diri ana.
TAHUN 2010
setelah 4 tahun hidup ana bergelumang dengan lelaki. kini, ana menetapkan dalam diri ana. hanya bercakap dengan kaum Adam apabila diperlukan sahaja. seperti ada urusan kerja dan urusan yg tidak membawa kepada perbualan kosong. rakan2 ana juga mulai berubah. ALHAMDULILLAH. hidup kami tidak lagi berhubung dengan lelaki ajnabi melainkan ada urusan kerja yg tidak dapat dielakkan. oleh itu, kami terpaksa berhubung dengan mereka.
memang hidup di dunia ALLAH ini banyak cabarannya. sekali lagi, ana diganggu dengan lelaki ajnabi. bukan jejaka yg baru dalam hidup ana tetapi jejaka2 yg sebelum ini meninggalkan ana kini mulai mendekati ana. ada juga yg ingin kembali kepada ana. namun, dengan ketetapan iman dan sokongan rakan2 ana yg sangat ana sayangi. ALHAMDULILLAH.. ana dapat mengharunginya. ana tidak menghiraukan mesej2 dan panggilan telefon dari lelaki2 itu.
ana cuba menasihati jejaka tersebut supaya tidak mendekati dan menghubungi ana dengan apa cara sekalipun. ana ingin berubah. ana tidak mahu menjadi diri ana yg dulu. kini syukur ke hadrat ALLAH, jejaka tersebut tidak lagi mengganggu ana. ana juga sudah boleh memulakan hidup ana dengan normal seperti hamba ALLAH yg lain. ana juga dapat beribadat dengan lebih khusyuk dan dapat fokus ketika kuliah berjalan.
terima kasih kepada rakan2 ana yg tidak pernah meninggalkan ana selama 4 tahun kita berkawan. ana amat menyayangi antunna semua. antunna semualah yg selalu memberi sokongan kepada diri ana yg sangat kerdil ini. syukran. arigatou, minna..
kini ana hanya menyimpan perasaan ana kepada seseorang. ana tidak mahu memulakan sebarang tindakan. ana hanya pasrah pada ALLAH. moga2, dia lah jodoh utk ana. dialah yg dapat membimbing ana dan anak2 ana ke syurga nanti. AMINN.....
subhanallah~
ReplyDeletesalam alayk, ya ukhti. semoga terus bermujahadah..
waalaikumussalam, ya ukhti. syukran. marilah kita sama2 berjihad.
ReplyDeletemari sme2 jihad..kiash yg membri inspirasi..buat ana...syukran
ReplyDelete