Islamic Widget

Thursday, April 5, 2012

hati nurani seorang lelaki bahagian 3

Kereta yang dipandu Ahmad bergerak lancar masuk ke perkarangan hospital.Sebaik sahaja mendapat tempat untuk diparkir,Ahmad dan Halimatus Saadiah segera keluar dari perut kereta lalu bergegas ke kaunter pertanyaan.

"Assalamualaikum.tumpang tanya.bilik ICU di mana,ya?" tanya Ahmad.

"Di aras dua.encik boleh naik lif kemudian belok ke kanan.di situ lah bilik ICU,"terang jururawat di situ. Ahmad mengucapkan terima kasih lalu menuju ke lif.

Apabila mereka sudah berada di aras dua,Ahmad mencari bilik ICU. Namun,tiada nama Hadi di situ.Ahmad segera bertanya pada jururawat yg kebetulan lalu di hadapannya.

"Tumpang tanya.Muhammad Anas Hadi di wad ICU yg mana,ya??"tanya Ahmad.

"Oh,Encik Hadi baru sahaja dipindahkan ke wad 10.Di aras tiga."

Mendengar jawapan dari jururawat itu,Ahmad dan Halimatus Saadiah mula mengatur langkah untuk ke aras tiga.Apabila mereka sudah tiba di aras tiga,Ahmad mencari di manakah wad 10.Selepas beberapa minit,tertera di tepi kanan bilik itu,tertulis,'Muhammad Anas Hadi Bin Abdullah',Ahmad terus membuka pintu bilik itu.Terlihat sekujur badan yg terlantar lemah di atas katil.Ahmad kenal benar pemilik badan itu.Wajah nya yg lesu,wayar-wayar yang berselirat di situ menampakkan lagi keadaan yang kritikal.Ahmad menghampiri katil itu.Kelihatan sepasang mata yang kuyu sedang memandangnya.

"Assalamualaikum,ya sodiqi."Ahmad membuka bicara. Hadi hanya tersenyum lemah.

"Waalaikumussalam,"jawab Hadi lemah.Halimah hanya senyum apabila Hadi memandangnya.

"Macam mana boleh jadi macam ni,Hadi?" tanya Ahmad.

"Aku cuai.Tak berapa perasan ada kereta lalu.Nasib baik aku seorang je.Aku tak bawak bini aku sekali,"terang Hadi.Ahmad terkesima seketika.

"Bini?Sejak bila kau kahwin,Hadi??Aku tak tahu menahu pun."

"Aku kahwin,arwah mak dan ayah aku yang temukan.Selepas kami nikah je,isteri aku dapat tawaran sambung master dekat Australia.Kami tinggal dekat sana dah setahun lebih.Aku balik Malaysia ni pun,nak ziarah pusara parents aku.yelah,aku mana ada saudara lagi,.Isteri aku pun nk ikot,tapi,aku tak bagi dia balik sini kejap.Dia ada exam kat sana. final year." balas Hadi.

"Abes tu,isteri kau tahu tak kau excident ni?"

"Aku ada mintak tolong sorang nurse suro bagitau dia semalam.Mlm tadi dia dh naik flight.mungkin kejap lagi dia sampai lah tu."

"Ohh...kau tak bagitau aku pun eh kau dah kahwin..Hehe,"kata Ahmad.

"Aku tak sempat lah.ingat kn lepas dia dah abes belajar,baru kami nak wat walimatus urus.errr,Ahmad.Aku ada benda nak bagitau kau ni." balas Hadi sambil memandang Halimatus Saadiah. Halimatus Saadiah mengerti pandangan Hadi yang bermaksud mereka ingin kan privasi seketika.

"Abang,Halimah nak keluar kejap,ya.Nak ke tandas." kata Halimatus Saadiah.Ahmad hanya mengangguk.

Apabila Halimatus Saadiah hilang dari pandangan,Hadi mula berbicara.

"Ahmad,boleh aku mintak tolong kau?"tanya Hadi.

"Apa dia?"

"Andai kata aku meninggal nanti,kau tolong jagakan isteri aku.Maksod aku,kau nikahlah dengan dia.Dia dah tak ada siapa2 lagi kat dunia ni.ibubapa dia dh meninggal."

"Apa kau merepek ni,Hadi?jangan mcm ni..aku yakin kau boleh semboh,"balas Ahmad.

"Bukan apa,Ahmad.Aku ni nak mintak tolong kau tu je."

"Hadi,isteri kau pun aku x kenal.lagipun,aku ada Halimah.aku x yakin aku boleh adil ke x."

"Ahmad,kau kenal isteri aku.dan aku yakin kau akan berlaku adil.aku yakin kau boleh menjaga dia sebaik mungkin.kau saja yg boleh tolong aku.tolong aku,ya,Ahmad?"rayu Hadi.

"jap2.kau kata aku kenal isteri kau?"

"Isteri aku....."

"Abang!"..Ahmad dan Hadi segera menoleh ke pemilik suara itu. Ahmad tergamam.

"Ma...Mariatul!"jerit hati Ahmad.Ahmad memandang Hadi.Hadi hanya tunduk.

"Mariatul,abang nak kenalkan,ni Ahmad.kawan kita dulu masa sekolah."kata Hadi.Mariatul Qibtiyah hanya senyum memandang Ahmad dan segera mengalihkan pandangannya.Hadi dapat membaca riak wajah Ahmad.Dia memerlukan penjelasan.

"Mariatul,abang ada hal nak bagitau pada Ahmad.Boleh Mariatul tinggalkan kami berdua sekejap?"tanya Hadi lembut.Mariatul Qibtiyah hanya mengangguk lalu keluar dari wad itu.

"Ahmad,aku memang nak bagitau kau masa kau baru balik dari belajar dulu,tapi aku tak tahu nak mula bicara macam mana.Aku pun sendiri terkejot bila pak cik aku kata,arwah ayah n mak aku ada mintak tolong jodohkan aku dengan Mariatul. Aku x tau pun,Mariatul rupanya yang diorg nak jodohkan.Kami nikah seminggu sebelom kau balik sini.lepas tu,kau datang jumpa aku dan tanya Mariatul macam mana.Kau eager sangat time tu,takkan aku terus nk bagitau kau,"terang Hadi panjang lebar.

Ahmad kini tidak tahu mahu reaksi bagaimana.Marahkah dia?sedih kah dia?kecewakah dia?semua itu bercampur menjadi satu.Ahmad duduk di atas kerusi dan istighfar berulangkali.

"Hadi,aku tak salahkan kau.Aku faham apa yg kau rasa.pada mulanya aku marah.tapi,marah itukan daripada api.api tu kan syaitan.aku x marah pada kau.memang jodoh kau dengan MAriatul.dan jodoh aku dengan Halimah..Aku skarang bahagia dengan dia.Kau jangan risau eh?aku tumpang gembira utk kau.Mariatul tu baik.Dia layak utk kau dan kau layak utk dia.okay lah.aku minta diri dulu ya..Assalamualaikum.jaga diri baek2."kata Ahmad lalu berangkat dari kerusi tadi.

"oh ya.sebelum tu,Hadi..kadang2 dalam hidup,x semua bnda yg kita nak,ALLAh akn beri..tp,waktu tu,jganlah sedih.sbb DIA ada something yg lebih baek daripada ape yg kita nak tu."kata Ahmad lalu membuka daun pintu.Hadi mengukirkan senyuman.Ahmad membalas senyuman itu lalu pergi.

bersambung....

No comments:

Post a Comment