"Aku terima nikahnya MAriatul Qibtiyah binti Abdullah dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai,"lafaz Ahmad dengan lancar.ALHAMDULILLAH..kini Ahmad dan MAriatul QIbtiyah sudah sah bergelar suami isteri.Halimatus Saadiah mendukung Salahuddin Al-Ayubi sambil melihat Ahmad mengucup lembut dahi Mariatul Qibtiyah.Dia tersenyum.Sebak di dada cuba disembunyikan.'ALHAMDULILLAH,bang,'bisik hati Halimatus Saadiah.
Malam itu,Halimatus Saadiah bermalamkan bantal dan si sebelahnya,Salahuddin Al-Ayubi sedang lena diulit mimpi.Air matanya mengalir.Dia gembira untuk suaminya.pada masa yg sama,dia juga sedih.'ya ALLAH,tabahkanlah hati hamba-MU ini,'doa Halimatus Saadiah.Tiba-Tiba pintu biliknya dikuak,kelibat seorang lelaki masuk ke dalam kamar.
"Sayang tak tidur lagi?"tanya Ahmad lembut.Halimatus menyeka air mata dengan segera.
"belum lagi,bang."balas Halimatus Saadiah sambil tersenyum.Ahmad merindui wajah isterinya ini.Sejak majlis pernikahan tadi,begitu susah untuk dia melihat wajah Halimatus Saadiah.Begitu sibuk isterinya menguruskan segala juadah untuk orang kampung.Selepas tamat sahaja majlis pernikahan pagi tadi,petang itu juga majlis walimah nya diadakan.
"Mariatul dah tidur ke,bang?kenapa abang datang sini?"
"MAriatul dah tidur dah.Aik?nk tengok isteri yg abg sayang ni pn,x boleh,"tanya Ahmad sambil mencuit hidung Halimatus Saadiah.
"bukan x boleh,boleh,bang.tapi kan.hari niy hari perkahwinan abang."
"abang dh cakap pada Mariatul.abang nk jenguk Halimah kejap.abang rindu kat Halimah dgan hero kita ni.kejamlah abang kn kalau abg lupa pada Halimah,"balas Ahmad.Halimatus Saadiah tersenyum.
"abang akn teman sayang sampai sayang tidur..hehe.."kata AHmad.Halimatus Saadiah tergelak sedikit mendengar kata dari Ahmad.
"baiklah,bang.sayang nk tidur dulu.jgan lupa.mlm ni turn abang dengan Mariatul.bsok baru dengan Halimah tau,'pesan Halimatus Saadiah.kini,giliran Ahmad pula untuk tersenyum.'dalam pada hatinya sayu melihatku bernikah pg tadi,sempat juga dia mengingatkanku.sungguh,aku makin mencintaimu,Halimatus Saadiah.'bisik hati Ahmad.Setelah beberapa minit,Ahmad melihat Halimatus Saadiah kini diulit mimpi,barulah Ahmad mengatur langkah pergi ke bilik Mariatul Qibtiyah.sebelum itu,sempat juga dia mengucup dahi Halimatus Saadiah dan puteranya,Salahuddin Al-Ayubi.
Sudah 4 tahun berlalu,ALHAMDULILLAH,kini giliran Mariatul Qibtiyah pula menjadi seorang ibu.Dia sedang menunggu hari sahaja untuk bersalin.Mungkin bulan depan kata doktor.Halimatus Saadiah dan Salahuddin Al-Ayubi tak putus2 menziarahi Mariatul Qibtiyah di kampung.Sehinggakan jikalau hari itu,giliran Ahmad bermalam di rumah Halimatus Saadiah,dia dengan relanya meminta Ahmad untuk setia menemani Mariatul Qibtiyah.
"Malam ni abang balik rumah ya?dah lama juga x balik ni,"kata Ahmad yang sedang menelefon Halimatus Saadiah.
"Mariatul okay tak kat sana?Halimah bimbang dengan dia,bang.ye lah.nak menunggu hari tu."
"insya-ALLAH dia okay.tadi dia pn suruh abang datang jenguk Halimah.abang rindu dengan sayang ni.nk jenguk hero kita tu,"kata Ahmad.nampaknya,Halimatus Saadiah tiada alasan untuk menolak.dia juga sangat2 merindui suaminya.kerap kali juga Salahuddin Al-Ayubi bertanya di manakah walid nya.Halimatus Saadiah terpaksa menerangkan pada puteranya bahawa,dia mempunyai dua ummi.dan,walid akan selang seli pergi ke rumah ummi Mariatul dan di rumah ini.
"Din~!"panggil Halimatus Saadiah.Salahuddin Al-Ayubi segera menghampiri Halimatus Saadiah.
"ada apa,ummi?"tanya anak kecil itu.walaupun umurnya baru menjejak 4 tahun,tetapi,anak kecil ini petah berkata2.
"hari ni,walid balik sini."kata Halimatus Saadiah sambil mengusap kepala anaknya.
"wah~!!walid nak balik.sukanya Din!"balas Salahuddin Al-Ayubi sambil tersenyum girang.Halimatus Saadiah hanya mengggeleng2 kan kepala melihat telatah anaknya itu.
"Salahuddin,kalau kita gembira,kita sebut apa,sayang?"tanya Halimatus Saadiah lembut.
"oh,Din lupa lah,ummi.ALHAMDULILLAH..hehehe..maaf,ummi.Din terlupa,"kata anaknya itu.Halimatus Saadiah tersenyum melihat anaknya gembira.yelah.dah hampir 5 hari Ahmad di sana.pasti,si kecil ini merindui walidnya.
"Din,nanti kalau walid dah sampai,din bagitau ummi ya?ummi nak pergi ke tandas sekejap,"arah Halimatus Saadiah.Salahuddin Al-Ayubi hanya tersenyum sambil mengangguk.Halimatus Saadiah menguak pintu tandas.dari tadi kepalanya asyik berpinar2.Dia cuba untuk mengambil wudhuk untuk mengurangkan sakit kepalanya.sambil mengambil wudhuk itu,dia terasa darah panas mengalir keluar dari hidungnya.'ASTAGHFIRULLAH.,"bisik hatinya."dah banyak kali jadi macam ni.ya ALLAH,'gumam hatinya.
"Ummi~!walid dah sampai,"jerit anak kecil itu.Halimatus Saadiah pantas menyeka darah itu dan segera keluar untuk menyambut suaminya yg dirindui.Halimatus Saadiah membuka pintu hadapan apabila mendengar enjin kereta dimatikan.Kelihatan kelibat orang yg sangat dirinduinya.'ALHAMDULILLAH.abang selamat sampai,'hatinya melahirkan rasa syukur.Ahmad segera keluar dari perut kereta.Matanya melihat tepat pada ank mata Halimatus Saadiah.'ya ALLAH,sungguh aku merindui nya.'bisik hati Ahmad.Salahuddin Al-Ayubi segera mendapatkan Ahmad dan mencium tangannya.Ahmad memeluk Salahuddin al-Ayubi erat.
"Walid,din rindu sangat kat walid."kata anak kecil itu apabila Ahmad melepaskan pelukannya.
"walid pun rindu sangat pada din,"balas Ahmad sambil terenyum.Ahmad menghampiri Halimatus Saadiah.
"Assalamualaikum,bang,"luah Halimatus Saadiah.Ahmad pantas mendakap Halimatus Saadiah kemas.
"waalaikumussalam,sayangku.sungguh,abang sangat2 rindu pada sayang,"balas Ahmad.Halimatus Saadiah membalas pelukan Ahmad.cukup erat.Menitis air matanya.betapa rindunya dia pada suaminnya kini.dan betapa rindunya Ahmad pada isterinya ini.
"walid,walid buat ummi nangis.walid buat salah apa?"tanya Salahuddin Al-Ayubi.Ahmad dan Halimatus Saadiah hanya ketawa mendengar apa yg dikatakan oleh Salahuddin Al-Ayubi itu.
"Walid tak buat apa2 salah pn,sayang.ummi rindu sangat pada walid.jom masuk,bang.din,mari masuk,"balas Halimatus Saadiah.hari itu,mereka sangat gembira.'ALHAMDULILLAH,ya ALLAH,'syukur hati Ahmad..
suatu hari...
"Abang,air ketuban Mariatul dah pecah,"kata MAriatul Qibtiyah.Sudah lambat seminggu tempoh yg dianggarkan oleh doktornya,akhirnya Mariatul Qibtiyah bakal melahirkan anak.Hari itu,Ahmad berada di rumah Mariatul Qibtiyah.Ahmad segera memimpin Mariatul Qibtiyah perlahan menuju ke kereta.
"sayang sabar,ya.abang nk ambil kunci kereta kejap,"kata Ahmad.
Selepas beberapa minit,Ahmad terus meluru ke kereta dan memecut laju untuk ke hospital.Dia mencapai telefon bimbitnya,lalu menelefon Halimatus Saadiah.
"Assalamualaikum,bang,"jawab Halimatus Saadiah lemah.
"Waalaikumussalam,sayang.sayang,abang on the way nk pergi hospital.Mariatul dah nk bersalin ni,"balas Ahmad.
"ya ALLAH,ALHAMDULILLAH...abang bawak kereta baek2 ya.Halimah dan din akan datang kejap lagi kat hospital.oky.assalamualaikum,"kata Halimatus Saadiah lalu menekan butang merah di telefon bimbitnya.'ALHAMDULILLAH.maduku kini bakal menjadi ibu,'detik hatinya.
"Salahuddin,mari kita siap2,"kata Halimatus Saadiah.
"kita nak pergi mana,ummi?"tanya anak kecil itu.
"kita nak pergi hospital.Ummi MAriatul nak lahirkan anak.nanti,Din dapat adik~.."kata Halimatus Saadiah.Salahuddin Al-Ayubi segera bersiap2 untuk ke hospital.Halimatus Saadiah menuju ke biliknya untuk bersiap.Tiba2,kepalanya terasa berpusing.Dia menjadi pening yg amat.Dia memegang bucu almari untuk menampung jalannya.pandangannya menjadi kelam.Dia rebah.
"Ummi,..jom kita....UMMI~!!"jerit anak kecil itu melihat umminya terkulai layu di biliknya.Salahuddin Al-Ayubi menghampiri Halimatus Saadiah.Dia mengerak2 kn badan Halimatus Saadiah yg sudah rebah di atas lantai.
"walid,ummi x bangun,"kata Salahuddin Al-Ayubi.malangnya,walidnya kini di hospital.air mata Salahuddin Al-Ayubi mengalir deras.Tiba2,telefon rumah berbunyi.Salahuddin Al-Ayubi segera mengambil telefon itu lalu menjawab.
"Assalamualaikum,"jawab Salahuddin Al-Ayubi dalam sedu sedan.
"Waalaikumussalam.Din,ummi mana?ni walid ni,"balas Ahmad.Namun,Salahuddin Al-Ayubi membalas jawapannya itu dengan tangisan.
"wa...walid...um..um...ummi tak bangun2..Din dh ge...ge...rak..gerak kn ummi..tap....ta...tapi..ummi tak bangun2,"jawab anak kecil itu dalam tangisan yg semakin dalam.Jantung Ahmad seperti diberhentikan.'ya ALLAH,Halimah!!!,'jerit hatinya.
"Din tunggu situ,ya.walid datang ke rumah dengan segera.jangan pergi ke mana2.duduk dengan ummi,"kata Ahmad.
"Sayang,abang kena pergi rumah Halimah kejap.Halimah pengsan,"kata Ahmad pada Mariatul Qibtiyah.Mariatul Qibtiyah di tempatkan di wad menunggu kerana contraction nya kini baru sahaja 3 cm.Mariatul Qibtiyah mengangguk lemah.
Ahmad segera berlari menuju ke tempat parking.dalam hatinya tak putus2 berdoa supaya Halimatus Saadiah tak apa2.'ya ALLAH,selamatkanlah isteri2 ku,'doa Ahmad.Sampai sahaja di keretanya,Ahmad segera menghidupkan enjin lalu meluru laju keluar dari perkarangan hospital.
"Din!Halimah!"jerit Ahmad ketika dia sudah selamat sampai di rumah.kunci rumah dan kereta diletakkan di meja kopi di ruang tamu.
"WALID!!"jerit Salahuddin Al-Ayubi.Ahmad dapat menangkap dari manakah sumber suara itu.datangnya dari bilik utamanya.Ahmad bergegas menuju ke arah suara itu.bagai direntap jantungnya melihat Halimatus Saadiah terbaring lemah di atas lantai dan di sebelahnya Salahuddin Al-Ayubi yang sedang erat memegang tangan umminya.'HALIMAH!'jerit hatinya.Ahmad terus mendukung Halimatus Saadiah lalu meletakkannya ke dalam perut kereta.'bertahan,sayangku,'bisik hatinya.Salahuddin Al-Ayubi mengikut Ahmad.Tangisannya sudah reda sedikit.
Kereta Ahmad masuk laju ke dalam perkarangan hospital.Dia segera mendukung Halimatus Saadiah masuk ke hospital.Salahuddin Al-Ayubi segera mengikut jejak langkah walidnya.
"TOLONG SAYA!isteri saya tak sedarkan diri!"pinta Ahmad.Jururawat yg bertugas bergegas membawa Halimatus Saadiah ke bilik rawatan.Ahmad ingin mengikuti mereka.
"sabar,sayang.bertahan,ya,"luah Ahmad.Sampai sahaja di OR,Ahmad diminta tunggu di luar.'ya ALLAH,Mariatul!'jerit hatinya.
"Din,Din tunggu di sini sampai doktor keluar,ya.jangan pergi mana2.Nurse,boleh minta tolong jagakan anak saya sekejap?"pinta Ahmad.Jururawat itu mengangguk.
"walid nak pergi mana?"
"walid nak pergi jenguk ummi Mariatul."
Ahmad segera berlari ke wad menunggu.Ahmad sampai tepat pada waktunya.MAriatul Qibtiyah akhirnya mengalami contraction sebanyak 10 cm dan dia kini dibenarkan untuk bersalin.
"Doktor,boleh saya ikut?"
"Boleh.memang digalakkan kerana si ibu pasti inginkan sokongan dari si bapa,"balas doktor itu.
Di bilik rawatan..
"sayang,tekan lagi,sayang.ALLAHUAKBAR~!!"kata Ahmad.Peluh mula keluar di dahi MAriatul Qibtiyah.
"ya ALLAH!!fuuuhh...ffuuhh....selamatkanlah anakku,"luah Mariatul Qibtiyah.
"ALHAMDULILLAH,kepalanya lagi sikit nak keluar.teran lagi,puan,"arah doktor itu.MAriatul Qibtiyah melakukan mengikut arahan doktor.Ahmad memegang erat tangan Mariatul Qibtiyah.Di dalam hatinya,x lupa juga mendoakan Halimatus Saadiah yg kini berada di OR(operation room).
"uwwwaaa~!!!uwwwaaa~!!"terdengar tangisan seorang bayi yg baru lahir.'ALHAMDULILLAH,ya ALLAH.syukur..'luah hati Ahmad.Ahmad mengucup lembut dahi MAriatul Qibtiyah.
"tahniah.anak perempuan,"kata doktor itu.Ahmad dan Mariatul Qibtiyah tersenyum.
"a..abang,"kata Mariatul Qibtiyah lemah.
"kenapa,sayang?"
"Halimah,bang."balas Mariatul Qibtiyah.Ahmad serba salah untuk meninggalkan Mariatul Qibtiyah.tapi,di hatinya,dia memang risau tentang Halimatus Saadiah.
"tak apa,encik Ahmad.lagipun,puan Mariatul perlu berehat,"kata doktor.mendengar sahaja jawapan daripada doktor,Ahmad bergegas pergi ke OR untuk mengetahui berita tantang Halimatus Saadiah.'ya ALLAH,permudahkanlah urusanku.ya ALLAH,KAU selamatkanlah HAlimatus Saadiah.'doa Ahmad.
Setibanya dia di hadapan pintu OR,kelibat doktor kelihatan baru keluar dari bilik itu.Ahmad memegang tangan Salahuddin Al-Ayubi yang duduk di bangku menunggu dan segera mendekati doktor bertugas.Doktor itu mengatakan sesuatu kepada Ahmad.Hati Ahmad bagai dicincang beratus-ratus kali ketika mendapat berita dari doktor.Salahuddin Al-Ayubi setia berdiri di sebelah Ahmad.Dia tidak tahu apa yg dibicarakan oleh doktor itu.
"Boleh saya lihat dia,doktor?"tanya Ahmad.
"Boleh,"balas doktor.Ahmad memimpin tangan Salahuddin Al-Ayubi menuju masuk ke OR.Salahuddin Al-Ayubi berlari menuju ke katil Halimatus Saadiah.sekujur badan yg lemah terbaring di hadapannya kini.'Sayang,'bisik hati Ahmad.Sayu hatinya melihat situasi yg dihadapinya kini.Salahuddin Al-Ayubi memegang tangan HAlimatus Saadiah.
"Walid,"panggil Salahuddin Al-Ayubi.
"kenapa,sayang?"tanya Ahmad.Dia menyeka air matanya.
"kenapa ummi selimut sampai tutup kepala?ummi sejuk ya,walid?tangan ummi sejuk sangat,"balas Salahuddin Al-Ayubi.Mendengar luahan anak kecilnya itu,membuatkan empangan air matanya pecah.Dia sudah tidak dapat menahan lagi perasaannya.
"walid,kenapa walid menangis?jangan nangis kuat2.nanti ummi bangun.ummi tengah tidur ni,"kata Salahuddin Al-Ayubi.'tak,sayangku.ummi tak akan bangun,'balas Ahmad di dalam hati.Ahmad menuju ke arah Halimatus Saadiah.Dia menyingkap kain yg menutupi wajah Halimatus Saadiah.Dia mengucup lembut dahi HAlimatus Saadiah.'sayang,abang redha dengan pemergianmu.sesungguhnya ALLAH amat menyayangimu.tunggulah abang di pintu syurga nanti.AAMIIN,'bisik hati Ahmad.
Kini,sudah 20 tahun pemergian Halimatus Saadiah.Namun,bagi Ahmad,peristiwa itu,tetap segar dalam ingatannya.Dia membersihkan pusara isterinya.Salahuddin Al-Ayubi sudah meningkat dewasa.ALHAMDULILLAH..Dia kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa MAlaysia.Anaknya bersama MAriatul QIbtiyah,yang lahir pada hari kematian isteri kesayangannya,diberi nama HAlimatus Saadiah juga sedang melanjut kan pelajaran ke Mesir.ALHAMDULILLAH..syukur pada ALLAH.
"abang,"tegur MAriatul QIbtiyah lembut.Ahmad menoleh ke MAriatul Qibtiyah.
"MAri balik.dah nak asar ni,"kata MAriatul Qibtiyah.Ahmad hanya menurut.Mereka berdua menuju ke kereta.Ahmad menghidupkan enjin.
"abang,minum petang nanti abang nak makan apa?"tanya MAriatul Qibtiyah.Ahmad terdiam seketika.Dia sudah lama hendak makan makanan itu.
"hmmmm...abang tiba2 nak makan kek carrot lah,"balas Ahmad.
"kek carrot?MAriatul x reti pulak wat kek carrot."kata MAriatul Qibtiyah.
"x ape.kita buat sama2,nak?"kata Ahmad.Mariatul Qibtiyah mengangguk.
'sayangku,Halimatus Saadiah.cintaku padamu x kan luntur.akhlakmu amat menyenangiku.kenangan bersamamu tak kan aku cuba lenyapkan walau sedikit pun.sayangku,aku sentiasa mencintaimu.ya ALLAH,KAU tempatkanlah roh isteriku ini bersama para syuhadah-MU.AAMIIN~...'
TAMAT~~~...(^_^)
No comments:
Post a Comment