wanita itu perhiasan dunia..,
wanita itu permata yg sangat berharga..,
wanita itu umpama mutiara yg sangat berkilauan..,
wanita Islam sangat disayangi dan dihormati oleh Rasullah s.a.w..,
itulah kata2 yg dapat dihuraikan mengenai seorang muslimah. namun, sebenarnya banyak lagi kata2 pujangga yg dapat menerangkan betapa istimewanya kaum Hawa ini. betapa indahnya mereka di mata Rasulullah dan juga pada Pencipta kita.
di sini, ana ingin menyuarakan kpd antunna semua. banyak yg ana dapat lihat di dunia luar tentang aurat yg kaum Hawa sendiri lepas pandang. ana sangat sedih apabila melihat saudara kita sendiri memakai tudung. tetapi, lengan bajunya mula dipendekkan. memakai lengan panjang dan juga brtudung. malangnya, bajunya ketat pula. memang tidak dapat dinafikan, tren sekarang adalah skinny jeans. dan memang ana tidak nafikan anak2 muda mempunyai satu deria rasa yg sangat istimewa. iaitu, deria ingin mencuba sesuatu yg baru. dan deria ingin menarik perhatian umum. ana juga pernah merasa itu semua. memang ketika usia meningkat 13-19 tahun. kita mula ingin menarik perhatian orang. lagi2, kita ini kaum wanita. yg sangat popular dengan adegan meragam2 ni.
ana juga ingin menyatakan aurat yg serng kaum wanita lepas pandang.
1. KAKI.
zaman sekarang, macam2 jenis kasut ada. ada yg jenis sarung, jenis ikat, jenis bertali, jenis macam kasut ballet. ada yg sampai talinya panjang sampai ke betis. namun, yg amat mendukacitakan adalah mereka tidak menutupnya. ingatlah wahai rakan2 ana, kaki itu adalah sebahagian daripada aurat kita. masakan apabila kita solat kita menutup kaki kita. kita tahu bahawa itu jika kaki kita kelihatan semasa sembahyang(secara sengaja) boleh membatalkan solat. mengpa tidak dijaga?? ALLAH hanya membenarkan kita untuk mendedahkan tangan(sampai pergelangan sahaja) dan juga muka.
2. RAMBUT
perkara ini semakin mula menular dalam diri anak2 muda. apa yg membimbangkan adalah mereka tidak rasa takut untuk menunjukkan rambut mereka di khalayak ramai. malah ada yg mewarnakan rambut sekali.
daripada Ibnu Mas'ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w: ALLAH melaknat perempuan yg membuat tatu dan meminta dibuat tatu, yg mencukur alis, yg menjarangkan gigi, yg mengubah ciptaan ALLAH.
3. TANGAN
ana [ercaya ramai dalam kalangan antunna semua pasti pernah melihat kaum Hawa memakai baju lengan pendek. kalau idak pendek pun, pakai yg separuh pendek. ada juga yg pakai baju lengan panjang tetapi disingsingkan hingga ke siku. ana percaya bahawa antunna semua boleh berubah.
ana di sini bukannya menghukum antunna semua. kita sama2 lah ingat-mengingati. ana juga dahulu tidak memakai stoking. ana dahulu pun, tidak memandang perkara ini serius. namun, ALHAMDULILLAH. hati ana mendapat petunjuk dari-NYA. ana yakin antunna semua pasti akan berubah dan ingin berubah. jangan disebabkan orang mengata, kta mula berpatah balik. ingat pada-NYA, wahai saudara ku. ada sedikit titipan dari ana untuk renungan antunna semua...
Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.
Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,
"Pada malam aku di-isra' kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?
*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
diharap titipan ini sedikit sebanyak dapat membuat diri kita untuk bermuhasabah diri.
semoga pintu hati antunna diberi petunjuk oleh ALLAH Yg Disayangi.. AMINN...
Islamic Widget

Thursday, December 30, 2010
Sunday, December 19, 2010
penerimaan keluarga
memang tidak dapat dinafikan. kehidupan ana sangat berbeza berbanding dahulu. jika dahulu, di bilik ana selalu kedengaran bunyi radio yg memainkan lagu MCR ( My Chemical Romance), Fall Out Boys dan lain2. kini, ana sudah mula mendengar lagu2 nasyid dan juga kini ana mula belajar untuk mendengar sedikit sebanyak alunan2 ayat2 suci AL_QURAN. ana juga dapat mengenali qari2 yg terkenal seperti Muhammad Taha al-junayd dan Mishary Rasyid Al-Afasy.
apabila kita ingin berubah sama ada ke arah kebaikan mahu pun keburukan, kita pasti tidak dapat dielakkan dengan respon orang. dan bila ana berkata orang, maksudnya lebih kepada keluarga. ana tidak menafikan. keluarga ana tidaklah membesarkan ana dan adik beradik mengikut ajaran Islam. ayah dan ibu ana bukannya tidak solat. mereka solat. mereka juga berpuasa. cuma suasana itu hanyalah biasa. tiada Islamik yg benar2 sekali. oleh itu, apabila mereka melihat ana bertukar 360 darjah sekaligus membuatkan mereka seperti tertanya2. siapakah diri ana yg baru ini??
apabila ana baru pertama kali menyedari bahawa menutup kaki itu adalah wajib, ana cuba untuk menutupnya. ana tidak mengambil tindakan yg agak mendadak kerana apabila kita membuat perubahan secara mendadak, tidak mustahil untuk kita bertukar semula secara mendadak. ana juga mulai untuk keluar rumah walaupun seinci sekali dengan memakai tudung. keluarga ana semuanya menggelar ana di rumah sebagai 'muslimah'. ya. ana memang seorang muslimah. tetapi, ana sedih. mereka tidak mempraktikkan lagi.
kemudian, ana mula untuk menutup aurat ana di hadapan saudara mara. ana bertanya kepada rakan2 ana adakah mereka menutup aurat di hadapan saudara mara mereka? mereka kata ya. oleh itu, ana juga ingin menanamkan semangat untuk berubah. ana adalah satu2 nya di dalam anggota keluarga itu yg mendapat pendidikan di institut agama. ana juga selalu memakai tudung labuh apabila ana keluar dari rumah.
pernah 1 peristiwa, apabila ana berada di rumah saudara, ana memakai tudung. saudara lelaki seakan2 memahami ana dan mereka tahu bahawa itu adalah aurat ana dan ana wajib untuk menutupnya. namun, saudara wanita lah yg agak heboh bertanya kepada ana. ana berasa sedih sekali.
ada juga sekali, ana ingin ke kedai berhampiran dengan rumah ana. ana mengenakan stoking tangan dan juga stoking kaki. respon salah seorang keluarga adalah, ' ala.,dekat sahaja. buat apa mahu pakai stoking.' ana hanya mendiamkan diri. tidak tahu mahu berkata apa.
ana berharap kepada antunna yg ingin berhijrah di luar sana. jangan pernah semangat antunna goyah walau sedikit pun. ana selalu berharap bahawa keluarga dan para saudara seIslam kita dapat dibukakan pintu hatinya. ana selalu baca di dalam novel2 islamik melihat kesejahteraan keluarga apabila dibesarkan dengan cara Islamik. sangat indah apabila mereka qiam bersama2, mereka solat berjemaah, mereka saling tasmik bacaan AL-QURAN. amat indah sekali. ana teringin untuk merasai itu semua bersama2 keluarga ana. ana pasti, antunna juga teringin mengalami semua itu.
apabila kita ingin berhijrah, jangan pernah sekali pun kita pandang ke belakang. tetapkanlah iman dan sentiasa berdoa supaya kita dilindungi oleh ALLAH. ALLAH amat sayang pada hamba-NYA yg ingin dekat pada-NYA. jangan dihiraukan pandangan orang luar. jangan dicaci pula orang yg mencaci kita. sebaliknya, berdoalah pada ALLAH supaya pintu hati mereka terbuka.
ana berkongsi pengalaman ini bersama antunna semua bukan kerana ingin membuka aib orang lain. ana berharap sangat2 apabila antunna membaca slot ini, semangat antunna semua akan lebih membara untuk menjadi MUSLIMAH SEJATI.......
Friday, December 17, 2010
kehadiran muslim dalam hidup
TAHUN 2006
Kehidupan ana mula goyah apabila berjumpa dengan seorang hamba ALLAH yang amat menarik hati ana. Ingin ana nyatakan di sini. Ana bukanlah hamba ALLAH yang mengikut syariat Islam. Pada tahun 2006, ana hanya Islam pada nama. Ana tahu bahawa menunaikan solat itu adalah wajib. Berpuasa juga wajib. Mencuri dan berbohong itu berdosa. Tetapi ana tidak pernah berasa semua itu adalah penting.
Ketika ini, ana masih lagi menuntut ilmu. Masih lagi budak mentah bak kata orang tua-tua. Ana tidak memiliki rupa paras yang cantik lagi manis berbanding rakan2 ana di pusat pengajian. Ana juga tidak tinggi seperti model. Oleh sebab itu, ramai muslim dan juga muslimah mula mengejek ana. Rakan2 ana semuanya sudah ada teman. Oleh itu, ana juga teringin untuk berteman.
Ceritanya bermula apabila salah seorang pelajar lelaki sering mengejek ana. Pada mulanya, ana memang marah. dan ana juga pun mula mengejeknya kerana dia memakai cermin mata. lama-kelamaan, hati mula berpaut. ana menyatakan hasrat ini kepada rakan2 ana sendiri. salah seorang daripadanya ingin menghulurkan bantuan. kebetulan, teman lelakinya adalah teman rapat lelaki itu.
Setelah disiasat, lelaki itu juga ada menyimpan perasaan kepada ana. tetapi, ketika itu, lelaki tersebut mempunyai seorang wanita yang menyimpan perasaan padanya yang duduk di Batu Pahat. dia telah menyediakan tarikh untuk bertemu dengan ana dan ingin menyatakan sama ada dia ingin memilih ana ataupun wanita yang berada di Batu Pahat itu.
Pada hari yang dijanjikan, lelaki tersebut memilih diri ana. pada masa itu, hati melonjak gembira. ketika itu, memang ingin menjerit 1 dunia. dari situ, bermulalah putik2 cinta. ketika itu, ana rasa dunia macam ana yang punya. memang betul lah kata orang.,cinta itu sangat mengasyikkan.
Setelah 2 minggu, lelaki tersebut mula berubah. mungkin juga kerana ana hanya boleh berhubung dengannya ketika di pusat pengajian sahaja. ketika itu, ana tidak ada nombor telefon sendiri sedangkan semua rakan2 ana sudah memiliknya untuk bergayut dengan teman lelaki mereka. lelaki itu mula bersikap dingin dengan ana sampai satu saat dia berkata, " kita putus sahaja." jejaka itu terus berlalu meninggalkan ana dan salah seorang rakan ana. ana terasa malu dan sangat sedih pada masa yang sama. malu kerana dia berkata demikian di hadapan teman sekuliah dan sedih kerana ana ditinggalkan begitu sahaja. ana terus berlari menuju ke tandas wanita. air mata mula mengalir deras. itu adalah pertama kali ana menangis kerana lelaki. rakan2 wanita juga sudah maklum dengan perangai ana yang ganas dan tidak menangis hanya kerana lelaki. ketika itu, baru lah ana rasai betapa peritnya apabila cinta ditolak. ketika itu, barulah ana fahami mengapa wanita boleh menangis kerana lelaki sebab sebelum ini, ana selalu mentertawakan rakan2 ana apabila mereka putus cinta. dan kini, ana cukup mengerti.
rakan2 ana yang melihat ana menangis tadi, cuba menenangkan ana. ada juga yang pergi serang lelaki itu dengan cercaan yang melampau. ana hanya diamkan diri.
setelah sekian lama, barulah ana tahu mengapa lelaki tersebut memutuskan hubungan dengan ana. rupanya, dia sudah terpaut pada wanita lain. dan wanita itu adalah bekas teman wanitanya dan juga merupakan rakan baik ana sendiri. ana tidak menyalahkan rakan ana. ana menyalahkan diri ana sendiri kerana jatuh cinta pada lelaki yg salah.
TAHUN 2007
ana telah berjaya untuk melanjutkan pelajaran di 1 kawasan yang amat berbeza dengan pusat pengajian lama ana. sebenarnya, ana tidak mahu ke institut pengajian Islam kerana ana takut untuk belajar bahasa arab tetapi abang ana mula memberi semangat dan ana menurut.
semasa mula menuntut, ana memang tidak serasi dengan persekitaran di situ. namun, masih ada juga penuntut yang tidak mengikut program2 agama di situ. mereka gemar dengar muzik yang melalaikan. dan ana pun pada masa itu tidak menunaikan tiang agama itu dengan sebaik mungkin. hanya maghrib dan isya' sahaja yang ana tunaikan kerana ketika itu solat jemaah beramai-ramai.
di sana, ana mula rapat dengan lelaki. ana memang amat disenangi dengan kaum Adam itu. seperti biasa, ejek-mengejek dan memperlekehkan orang lain menjadi rutin harian kami. terdapat seorang lelaki mula menjadi teman rapat ana. apabila ada kelas malam, kami berutus surat secara diam2 tanpa pengetahuan tenaga pengajar. apabila ada kelas petang,kami mula berbual dan bertukar2 pendapat. namun, semuanya itu bertukar menjadi diam apabila ana mula menegurnya sesuatu. dan akhirnya, kami menjadi dingin. dia pula mula bercampur dengan penuntut2 yang teruk. yang selalu tidak menyiapkan tugasan mereka sehingga keputusan mereka menjadi teruk. pernah ana nyatakan kepada rakan ana. mengapa dia bertukar menjadi begitu. bukankah lebih baik dia bergaul dengan penuntut yang sangat cemerlang akademiknya??
setelah beberapa lama kemudian, ana melihat dia kian berubah. dia mula berdamping dengan rakan2 lelaki yang sangat cemerlang dalam pengajian mereka. lama-kelamaan, keputusannya mula meningkat. kes2 disiplin juga dia tidak ada kena mengena lagi. namun, sikapnya berubah. daripada boleh berbual dengan kaum Hawa, dia berubah menjadi pendiam dan langsung tidak memandang wanita. pada masa itu, ana tidak mengerti apa yang dia lakukan. ana cuba untuk berhubung dengannya. namun, dia diam dan tidak memberi respon. sehingga itu, ana sudah berputus hubungan dengannya. tiada lagi gurau senda dengannya. tiada lagi ejekan darinya. dan lama-lama,ana terasa rupanya ana rindu dan mula terpaut hati padanya lalu ana mula menanamkan azam ana. ana ingin berubah.
pada akhir tahun 2007, ana mula solat dengan penuh. ana mula bertaubat kepada ALLAH. ana tidak mahu lagi berbohong. ana tidak mahu lagi tinggalkan solat. ALHAMDULILLAH... ketika itu, baru ana rasa betapa indahnya Islam itu.
TAHUN 2008
Masih lagi menuntut di tempat yang sama. ana kini berubah. namun, kehidupan sosial ana tetap begitu. ana tetap melayan kata2 kaum Adam. ana masih lagi bergurau senda dengan mereka. sehinggalah ana berkenalan dengan seorang lelaki yang jauh lagi tua dari ana. dia juga merupakan teman abang ana sendiri. cuma abang ana tidak pernah mengetahuinya.
hampir beberapa lama juga kami berkenalan. lelaki itu pandai bermadah. selalu mengucapkan kata2 cinta yg berbunga2. bagi ana, apa yg dinyatakan olehnya itu semuanya betul. masa itu, usia ana masih lagi mentah. ana cepat percaya pada kata2 nya. sehingga satu masa, ana tewas. ana menyatakan ana suka padanya. hati ana mula menjadi murah ketika itu. namun, ini sahaja jawapan pemuda tersebut, " saya tak kata saya cinta awak. saya kata saya suka awak". sekali lagi, ana tewas. hati ana terluka lagi.
ana faham kalian mesti ingat ana tidak mengambil pengajaran dari apa yang ana alami dahulu. namun, ketika itu, ana tidak berfikir panjang. jika diimbas kembali perkara tersebut, ana berasa malu yang teramat sangat. ana rasa ana adalah wanita murahan yang dengan selambanya meluahkan isi hatinya kepada lelaki ajnabi.
rupanya, lelaki itu ingin rapat dengan ana kerana dia ingin berkenalan dengan saudara perempuan ana yang duduk di ibu kota. ana hanya sabar. dan hubungan ana dan dia sampai di tangan abang ana sendiri. abang ana tidak menghukum. abang ana pandai menasihati.
TAHUN 2009
tahun akhir pengajian ana. ana masih lagi begini. masih lagi melayan karenah lelaki. pada ana, jika kita berkawan dengan perempuan, kta terpaksa kawal emosi mereka. mereka senang merajuk pada benda2 yg remeh. itulah yang ana rasakan. betapa tidak matangnya ana ketika itu.
pada tahun itu, datang lagi seorang jejaka dalam hidup ana. ana fikir ana terpaksa terima jejaka itu kerana ingin melupakan pedihnya hati ana. apabila ana berkenalan dengannya, ana rasa tenang. kata2 yang selalu memberi semangat kepada ana untuk meneruskan hidup. dia juga sering ana hubungi setelah hampir setahun ana akhirnya berjaya memiliki telefon sendiri. ana tidak tahu apa yg terjadi. masa berlalu begitu cepat dan hubungan kami sudah meningkat 2 bulan usianya. dia juga pernah berkata ingin melamar ana apabila kami habis belajar nanti. kata2 nya itu membuahkan janji yg manis sehingga ana pun tersangkut.
pada satu ketika, hati ana diusik rasa tidak sedap. ana ingin mencari bukti adakah dia layak utk ana. lalu ana meminta khidmat rakan ana sendiri. rakan ana itu memang terkenal dengan gayanya yang menggoda. ana ingin menguji sama ada jejaka tersebut betul2 inginkan ana menjadi isterinya.
apabila hampir sebulan, rakan ana menyatakan bahawa jejaka tersebut memang setia pada ana. ana mula merasakan yg ana telah melakukan keputusan yg sangat tepat. ana sudah bersedia.
tidak lama kemudian, rakan ana tadi ingin berbicara dengan ana dengan lebih serius. ana mula kelihatan resah. ana tidak dapat mengerti apakah yang terlintas di fikiran rakan ana itu. ana cuba untuk bersabar dan menenangkan diri. kemudian, rakan ana tadi memulakan bicara. dia berkata kepada ana. setelah lama dia tidak berhubung dengan jejaka itu. pada suatu hari, jejaka itu mula mengganggunya. macam2 yg diminta olehnya. rakan ana berasa serba salah dengan ana dan dia mula menyalahi dirinya. ana sama sekali tidak marah. sekurang-kurangnya, kini ana dapat tahu sikap sebenar hamba ALLAH itu. ana tetap tabahkan diri ana.
TAHUN 2010
setelah 4 tahun hidup ana bergelumang dengan lelaki. kini, ana menetapkan dalam diri ana. hanya bercakap dengan kaum Adam apabila diperlukan sahaja. seperti ada urusan kerja dan urusan yg tidak membawa kepada perbualan kosong. rakan2 ana juga mulai berubah. ALHAMDULILLAH. hidup kami tidak lagi berhubung dengan lelaki ajnabi melainkan ada urusan kerja yg tidak dapat dielakkan. oleh itu, kami terpaksa berhubung dengan mereka.
memang hidup di dunia ALLAH ini banyak cabarannya. sekali lagi, ana diganggu dengan lelaki ajnabi. bukan jejaka yg baru dalam hidup ana tetapi jejaka2 yg sebelum ini meninggalkan ana kini mulai mendekati ana. ada juga yg ingin kembali kepada ana. namun, dengan ketetapan iman dan sokongan rakan2 ana yg sangat ana sayangi. ALHAMDULILLAH.. ana dapat mengharunginya. ana tidak menghiraukan mesej2 dan panggilan telefon dari lelaki2 itu.
ana cuba menasihati jejaka tersebut supaya tidak mendekati dan menghubungi ana dengan apa cara sekalipun. ana ingin berubah. ana tidak mahu menjadi diri ana yg dulu. kini syukur ke hadrat ALLAH, jejaka tersebut tidak lagi mengganggu ana. ana juga sudah boleh memulakan hidup ana dengan normal seperti hamba ALLAH yg lain. ana juga dapat beribadat dengan lebih khusyuk dan dapat fokus ketika kuliah berjalan.
terima kasih kepada rakan2 ana yg tidak pernah meninggalkan ana selama 4 tahun kita berkawan. ana amat menyayangi antunna semua. antunna semualah yg selalu memberi sokongan kepada diri ana yg sangat kerdil ini. syukran. arigatou, minna..
kini ana hanya menyimpan perasaan ana kepada seseorang. ana tidak mahu memulakan sebarang tindakan. ana hanya pasrah pada ALLAH. moga2, dia lah jodoh utk ana. dialah yg dapat membimbing ana dan anak2 ana ke syurga nanti. AMINN.....
Subscribe to:
Posts (Atom)